12 Julai 2011

Majlis Anugerah Q-Bestari sekolah-sekolah Daerah Alor Gajah 2011


Majlis Anugerah Q-Bestari Sekolah-Sekolah Daerah Alor Gajah Tahun 2011 merupakan satu majlis penganugerahan kepada sekolah-sekolah daerah Alor Gajah yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam program-program pembestarian sekolah di samping melaksanakan inisiatif ICT di sekolah secara konsisten dan efisyen.

Sekolah-sekolah yang telah berjaya dipilih akan dianugerahkan sijil kecemerlangan dan juga plak oleh Pengarah Pelajaran Melaka pada 22 September 2011 di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara.

Sekolah-sekolah yang layak akan dinilai oleh Pasukan Panel Hakim bermula 04 Julai 2011 (Isnin) hingga 26 Ogos 2011 (Jumaat).

30 Jun 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2011

Mari kita beramai-ramai memeriahkan majlis larian " 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia" pada

Tarikh : 2 Julai 2011
Masa: 8pg - 12.30 tgh