Profile Pusat Akses

Sejarah Penubuhan Pusat Akses

Pusat Akses SK Pengkalan Balak ini siap dibina pada tahun 2006 dan mula beroperasi pada Januari 2007. Pada awalnya pusat akses ini diuruskan oleh Pn Normah Bt Awal
(Guru Peperiksaan). Kemudian diambil alih oleh En Rosli B Ahmad (Guru Pusat Akses) sehinggalah sekarang. Walaupun masih baru lagi diwujudkan, fungsi pusat akses di sekolah memainkan peranan yang penting, dimana dapat membantu murid-murid menggunakan kemudahan internet untuk membuat Zoom-A, score-A dan juga menggunakan komputer untuk membuat folio. Semoga pusat akses SK Pengkalan Balak akan menjadi pusat akses cemerlang menjelang tahun 2013. Bersama kita menjayakannya,,




Visi Pusat Akses

  Melahirkan insan yang berkemahiran ICT serta meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai disiplin ilmu 




Objektif Pusat Akses

  • Meningkatkan kemahiran murid dalam pencapaian maklumat.
  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri,terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.