22 April 2010

Sejarah Pusat Akses


Pusat akses sekolah telah dibuka pada tahun 2006. Ia merupakan Pusat Akses bagi fasa 2 yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Penubuhan Pusat Akses ini adalah hasil usaha keras yang telah dilakukan oleh guru besar pada masa itu iaitu Tn. Hj. Md. Nasir bin Md. Said dengan usaha sama En. Abdul Razak bin Sampul selaku penyelaras PKG 07. Walaupun mempunyai ruang yang agak kecil, tetapi ianya telah memaksimumkan penggunaan kepada semua iaitu guru, pelajar, dan komuniti luar.
Bagi guru penyelaras Pusat Akses, bantuan yang diberikan oleh KPM, JPN, BTPN dan PKG amat membantu dalam merealisasikan kehendak kerajaan dan permintaan ramai. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam membangunkan Pusat Akses di sekolah-sekolah. Semoga akan ada lebih banyak lagi sekolah-sekolah yang mempunyai Pusak Akses bagi kepentingan bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan